Tuesday, May 13, 2014

MRS OK...."ICE BREAKING"



Retrieved: google image.com

Ok..Dah cukup bersuka-ria and ambil masa yang lama untuk bertafakur membuat blog now saya Atifah @teep setelah dileteri oleh seorang kakak "N" dan untuk penuhi janji agar gelaran saya comey akan dapat saya kekalkan telah dengan redhanya mengeluarkan satu entry..hohoho..

  Entry saya kali ini adalah berkenaan ice breaking atau setelah ditranslatekan dalam bahasa ibunda kita "pemecahan ais" hehehhee...kenapa entry ini yang dikeluarkan dengan redha??haaa..sebab lately ini blog ini asyik cerita pasal kelompok je..yelaa mentang-mentang sesi kelompok untuk pelajar kaunseling tahun 2 Unimas dah tamat untuk semester ini masing-masing nampak happy je...ehemmmhemm..jangan lupa habis untuk semester ini je yer semester depan ada lagi.. and makin mencabar yer kawan-kawan..hoho saje nk bagi tekanan lagi dekat semua ;)

  Ok la..dah dua kali ok ini tapi main point entry ini dikeluarkan dengan redha tak ada lagi kan..hahahaha.. ok la untuk kali ketiga sini meh nak cerita sikit apa itu ice breaking atau kemelayuanya "pemecahan ais" ini dan apa kepentingannya dalam aktiviti kaunseling ini terutamanya dalam kelompok..

Apa itu Ice breaking??

Haaa..nampak tak perkataan ice dekat situ..kita semua suka makan ice kan..nyaman je kalau ada ice dalam air kan..tapi ice ini kalau kita keluarkan dalam fridge atau nak gigitnya susah kan nak pecah bagi jadi ketulan-ketulan kecil ini kan.. kadang-kadang sampai sakit gigi dibuatnya tapi tula yang susah tula yang makin kita suka kan..same goes with me too.. biarlah orang nak berleter cakap tak elok untuk gigi pun janji mulut puas..hahahha..ok stop merepek back to our point yer.. ok dalam sesi kaunseling pun klien banyak ice yang susah nak dipecahkan kalau tak de tekniknya and gayanya tau..biasala kan kita pun kalau tiba2 je kena join dengan redha sesi kaunseling individu mahupun kelompok mesti susah nak pecahkan ice kita tue kan tambah-tambah duduk dengan orang yang kita tak kenal pulak tue..aisshhhh memang tak selesa sangat2...time tula rasa nak sakit perut la nak t'tidur la nak t'diam la kan..

  Ok kita masuk sikit teori baru nampak cool sikit kan..hohoho.. ala macam teori Freud yang cakap manusia ini ada lapisan iceberg kan yang kadang2 diri sendiri pun susah nak pecahkan sendiri.. so aktiviti ice breaking ini sebagai satu medium untuk pecahkan lapisan yang atas sekali tula..

SO ice breaking ini macam satu aktiviti atau modul yang dapat membantu seseorang individu itu untuk berasa selesa dalam setting yang berkumpulan. Ice breaking ini juga boleh  digunakan untuk aktiviti individu atau berkumpulan and sesuai untuk pelbagai peringkat usia~tapi bergantung kepada kesesuaian modul itu dibentuk la..


                                       Retrieved: google image.com

Bila gunakan ice breaking?? 

  Aktiviti ice breaking ini kita boleh guna dan sangat penting untuk digunakan ketika dalam satu aktiviti yang mana melibatkan individu atau sekumpulan  peserta yang tak pernah berjumpa atau berkerjasama dalam satu kumpulan. Kenapa ice breaking digunakan? haa...sebab ice breaking ini dapat bantu untuk membina keselesaan kepada ahlinya untuk membentuk hubungan kerjasama bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Ice breaking ini boleh jadi satu cara yang efektif, seronok  untuk memulakan sesuatu aktiviti sebelum bergerak kearah objektif utama kumpulan atau sesi tersebut. Melalui aktiviti ini juga setiap individu akan dapat mengenali diri masing-masing.

  Ok untuk kesekian kalinya..untuk keterangan lanjut lagi mengenai definisi Ice breaking dan aktiviti-aktiviti yang sesuai digunakan untuk aktiviti dalam kaunseling boleh tekan link sini yer and link sini juga.. 

Happy weesak's day..enjoy your holidays by doing the assigments yaa guys.. 

Done by;

ATIFAH SYAKIRAH


  



No comments:

Post a Comment