Tuesday, May 6, 2014

M.A.R.A.H

Assalamualaikum and Hi semua.. Entri kali ini ditulis oleh saya, Emma

Adakah anda cepat naik angin sekiranya ahli kumpulan tidak memberi kerjasama dalam membuat tugasan? atau sentiasa stress apabila kawan-kawan tidak bertindak seperti yang kamu inginkan? Kalau ya berikut adalah cara-cara untuk mengawal kemarahan anda ketika dalam situasi yang berkemungkinan anda akan memarahi orang lain.. 

1) Berfikir sebelum bercakap
Selalu je kan dengar ayat kat atas ni.. tapi persoalannya selalu amalkan atau tak? Kebiasaannya apabila perasaan marah kita membuak-buak kita memang tidak berfikir sebelum kita mengeluarkan kata-kata yang boleh membuat orang lain tersinggung tapi lepas tu baru duduk menyesal tak sudah.. Daripada membuat insan lain yang tak bersalah tersinggung baik kita amal dulu langkah pertama ni.. -think before you speak ^_^

2) Ekspresikan kemarahan selepas anda berasa lega
Selepas kita berasa lega atau boleh berfikiran secara positif, barulah kita boleh mengekspresikan kemarahan kita secara positif dengan memberitahu tentang apa yang kita tidak puas hati dengan cara yang baik tanpa menyinggung perasaan yang lain. Jangan cari gaduh atau buat muka dengan mereka.. Itu lagi merumitkan keadaan sebenarnya dan berkemungkinan anda akan hilang kawan selepas itu. -Express you anger in nonconfrontional way my dear friends :)

3) Ambil sedikit `timeout'
Berikan diri kita sedikit masa utuk rehat dan tenangkan fikiran kerana kita mungkin mengalami tekanan atau stres berpunca dari kemarahan.. rehatkan diri kita selama 30 minit dalam keadaan senyap boleh menenangkan diri kita dan kita boleh berfikir punca dan cara penyelesaian yang terbaik

4) Sentiasa gunakan perkataan `saya'
Untuk mengelakkan kita daripada terus marah dan mungkin perkataan seperti aku, gua, lu, kau dikatakan, lebih baik kita gunakan perkataan saya.. Lebih baik kita gunakan perkataan saya kerana ia dapat mengelakkan daripada kita mengkritik atau mencari keslahan orang lain.. sebagai contoh ayat ini lebih ok iaitu `Saya kurang berpuas hati dengan kerja yang awak buat' daripada ayat ini `kerja awak ini salah dan banyak copy paste je'

5) Jangan berdendam
Part ini paling penting.. jangan sesekali berdendam dengan orang lain.. Tapi cuba untuk memaafkan mereka.. Memaafkan orang yang memarahi kita atau sebaliknya dapat membunag sifat kebencian kita terhadap individu tersebut. Kadang-kadang kita tidak boleh mengharap semua orang dapat berkelakuan seperti apa yang kita inginkan sepanjang masa.. -So forgive them :D

6) Amalkan `relaxation technique'
Macam pernah dengar je an relaxation technique.. memang pernah pun kita didedahkan dengan teknik ini di dalam kelas.. Amalkan teknik seperti `deep-breathing' dan ulang perkataan seperti `take it easy' dapat membantu kita relaks.. Terdapat juga individu yang suka tenangkan diri dengan muzik, tarian mahupun bersukan -Practice whatever you like to encourage relaxation

7) Meminta pertolongan Pakar
Belajar untuk mengawal kemarahan bukanlah mudah untuk semua orang. Sekiranya anda telah mencuba kesemua langkah diatas dan juga telah mengambil alternatif lain tetapi anda masih juga mengalami kesukaran untuk mengawal kemarahan anda, try minta tolong dari pakar psikologi atau kaunselor.. Kalau dalam UNIMAS ni try consult dengan En. Rizal la.. hehe ^_^

Credit to Mayo Clinic website for their anger management tips :))) Stay calm and forgive people yalls 
CREDIT TO GOOGLE :)

No comments:

Post a Comment