Sunday, February 23, 2014

FUN ACTIVITIES we can use in group!

Hello all.
So, today im gonna share with you all 3 Fun Activies that we can use during group counselling. Happy Reading :-)




2 Minute Mixer

Aktiviti ini sesuai untuk sesi icebreaking iaitu pada sesi yang pertama. Tujuan aktiviti ini adalah supaya setiap ahli berinteraksi dengan semua ahli yang lain.

Arahan: Firstly, suruh semua ahli berdiri dan berpasangan (pair-up). Dalam masa dua minit, setiap pasangan hendaklah berkenalan. (Nama, umur, asal, dsb) Selepas dua minit, leader perlu bagi signal. Contohnya, tepuk tangan ke, buat bunyi whistle ke. (ikut kreativiti sendiri). Kemudian, apabila ahli mendengar signal anda, mereka perlu mencari pasangan lain dan berkenalan dalam masa dua minit. Ulang sehingga setiap ahli dapat berinteraksi dengan semua ahli lain.

Setelah tamat, leader boleh minta dua atau tiga orang untuk recall setiap nama ahli atau informasi yang ahli lain ceritakan dalam tempoh dua minit tersebut. Mudah kan? :-)

Marooned

Aktiviti ini pula boleh dilakukan tak kisah sesi ke berapa. Mungkin anda boleh lakukan sebelum mulakan sesi kedua atau ketiga. Ataupun jika anda nampak ada ahli yang kurang bercakap dalam sesi. So, aktiviti ini dapat memberi peluang untuk setiap ahli bercakap. Ataupun sebagai penceria kepada sesi anda.

Arahan: 
Leader beri ahli masa beberapa minit dan fikirkan mengenai soalan ini:
Jika saya terdampar di sebuah pulau yang kosong, siapa tiga orang yang anda inginkan untuk bersama anda? Tiga orang tersebut boleh jadi orang yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia atau imaginasi mereka semata-mata.

Contoh jawapan: 

Hai, saya Rain. Kalau saya terdampar di pulau tersebut, saya nak bawa mak dan ayah saya. So, bolehla saya dapat adik dan tidak keseorangan. Then, seorang lagi saya nak bawa boyfriend saya. Bolehlah kami berkahwin disana dan produce the new generations. (^_^) 

Hai, saya Rain. Kalau saya terdampar di pulau tersebut, saya nak bawa Kak Ajila. Sebab dia pandai masak sedap-sedap. Lepas tu, nak bawa Alexander Graham Bell. Boleh dia buat telefon dan saya call bapak saya minta ambil. Orang terakhir saya nak bawa Pandalela Renong. Boleh kami main terjun-terjun di laut.

Candy Crush

Yang ini bukan aktiviti dimana korang main candy crush pulak. Aktiviti ini dimana leader minta setiap ahli melukis apa character dalam candy crush yang ahli rasa seperti diri dia. Kemudian terangkan apa yang sama antara dia dan character candy crush tersebut. Contoh, saya pilih 'A Color Bomb' sebab kalau orang dapat 'a color bomb' ni mesti orang rasa happy. So, persamaan kami ialah mampu buat orang rasa happy. So, leader kenalah study dulu apa character candy crush ni.

Leader boleh juga try character benda lain macam game Dragon City ke, kacang ke. Be creative ya! 

Thats all from me. Harap dapat membantu. Ada banyak sebenarnya aktiviti yang menarik dapat dilakukan. Search this websitehttp://www.icebreakers.ws/ ) for more ideas. 

With lot of love,
Rainny Bujang.








No comments:

Post a Comment