Sunday, February 23, 2014

CARA MENGATASI MASALAH MALU



 assalamualaikum w.b.t kepada pembaca yang beragama islam
 dan salam sejahtera kepada yang non muslim..
Holla.... macam mana mood korang hari ni.. happy??sedih?? alolo.. maaf..terlebih awal pulak post entri ni..
hahahaha...excited??mungkin..almaklumlah..line xde ni..alang2 dah ada kt cais ni..ape lagi..
ambil lah kesempatan ni nak post kan..hahaha..
pernahkah anda semua terfikir cara nak mengatasi perasaan malu..risau dengan keadaan diri yang malu berhadapan dengan orang ramai terutamanya apabila presentation or public speaking dannn malu nak bertanya soalan dan menjawab soalan.. rugi kan jika kita tidak tahu tetapi malu nak tnya.. :)... aiikkk..rasa formal la pulak bahasa ni..hahaha..ada tak perasaan nak sorok je muka apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya orang yang tidak dikenali..

rasa malu memang sesuatu yang sangat merugikan diri sendiri. Malu memang boleh.....
boleh saja,asalkan malu berbuat kejahatan.namun bagaimana jika malu dalam segala hal kan..seperti malu berbicara,malu menatap orang..aikk..macam mana nak buat sesi kaunseling kalau malu nak menatap muka klien..tambah2 klien berlainan jantina kan..:).. bahkan ada juga yang malu nak mengungkap kebenaran.tentu hal ini tidak kita inginkan.. :)
haaaaaahaaaa...jangan risau..hari ni mai ada cara nak mengatasi perasaan malu..ayuh...bacalah entri ni sampai habis ye kawan2.. :)


google image


               Perasaan malu yang akan diterangkan adalah dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka dikhalayak ramai, malu untuk berkomunikasi dengan oarang lain dan sebagainya.. Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat..hihihi....Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri kita kan..huhuhuhu :)

                Sebelum mai menerangkan cara menghilangkan perasaan malu ni, kita perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi pemalu. Perasaan malu wujud adalah disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiri dan terlalu banyak kebimbangan. Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ia adalah amat baik sekiranya kita mementingkan kesempurnaan, tetapi kita tidak perlu memikirkannya sehingga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan kita... 


google image



CARA UNTUK MENGATASI PERASAAN MALU :)


(1) Mentaliti
              Kita sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri kita. Mesti ramai or ada kan yang memikirkan tanggapan orang lain dahulu sesbelum membuat atau memulakan sesuatu perkara... Macam ada je.. Macam betul je...Macam..macam je..hahaha.. Ok..jom kita lakukan sesuatu dengan cara kita yang tersendiri. Pasti kita akan berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya kita berasa malu..hihihi (*_*)..

(2) Latihan
                   Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan..Latihan??macam mana tu.... MEhhMehhsini..cik mai bagitahu yeeww....hahaha..Okay..First..*sambil tunjuk satu jari.. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan kita..Kemudiannn... latih pula diri kita untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali..Nahhhhh...senang je kan.. :)..jommm... kita lakukan bersama.. ^_^..

(3) Fokus
                Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenarnya.. Okay.. dalam bahasa kasarnya adalah jangan HIPOKRIT.. hihihi..*gurau je.. buat lawak supaya korang tak bosan baca entri mai ni..heww..hew..hew.. ^_^...

(4) Bertanya Soalan
                  Untuk mengekalkan sesuatu perbualan,anda perlu bertanyakan soalan..Ahhhhhh!!!~~~malunya nak tanya soalan dulu..Alaaa~~~jangan la malu ye.. :) ..Jangan berasa malu untuk bertanya... Bak kata pepatah.. malu bertanya sesat jalan.. *hewwhewwheww..ketawa manja.. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu...

(5) Imiginasi
               Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan kita. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak..ok pedulikan apa orang lain cakap...hihihih :)...

(6) Keyakinan
Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat..Soo...jangan gopoh gapah..pah..pah..hahaha... mulakan secara peelahan-lahan.. baka kata pepatah..sikit-sikit lama-lama jadi gunung santubung..hihihi... buat perlahan-lahan lama2 akan BERJAYA.. macam tak kena je peribahasa ni..huhuhuhu.. *asik peribahasa je mai ni..



google image


(7) Perwatakan

            Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu..pasti lama-lama anda akan terbiasa dengan situasi itu.. :)




Entri di atas ni adalah ihsan daripada sebuah blog.. perkongsian ini tiada kaitan yang hidup atau mati.. 
segala perkongsian ini adalah untuk perkongsian bersama..maaf jika entri ini ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan korang  ya.. O-O la yeee... :).. ayuhhh..sama2 la kita memperbaiki diri kita ya kawan2.. begitu juga dengan mai..hehehe.. :)... lepas ni Mai tak boleh malu la kan nak bertanya lect..hahahaha..
untuk mengetahui lebih lanjut sila tekan link ni k.. cara mengatasi malu atau link ni k.. bagaimana-mengatasi-perasaan-malu... ini adalah sumber blog daripada entri yang mai buat ni k.. :D
salam berkasih saya semua. Semoga berjaya.... bubye...


google image



xoxo
Mai ^_^



No comments:

Post a Comment